vlogsantrimetal #ngajiatisantrimetal Assalamualaikum saudaraku semuakali ini kang santri metal mau sharing tentang kajian Do'a nabi Sulaiman meneruskan vid
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ISMUL AZAM – NAMA ALLAH YANG TERAGUNGPencarian Ismul 'Azam Al-Husna, atau Asma' Al-Azim Al-Husna bermaksud Nama Allah Yang Teragung menjadi satu perkara yang menarik perhatian sarjana Islam zaman berzaman. Ini kerana nama itu dianggap yang paling agung dari semua asma' Allah yang diketahui oleh manusia. Umat Islam digalakkan berdoa dengan menyebut nama-nama Allah Asmaul Husna iaitu dengan menyebut nama yang sesuai untuk sesuatu permohonan yang sedang dipohon, dan tentulah Ismul 'Azam mendapat tempat yang lebih utama. BERDOA DENGAN KHAUF DAN RAJA' Berikut saya salinkan mafhum firman Allah mengenai adab-adab berdoa untuk renungan kita semua Ghafir 04060. Dan Tuhan kamu berfirman Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina. Al-Baqarah 002186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah, bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Al-A’raf 00755. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan dengan suara perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Al-A’raf 00756. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan khauf bimbang kalau-kalau tidak diterima dan juga dengan perasaan raja' terlalu mengharapkan supaya makbul. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki ASMA' ALLAH APABILA BERDOA Al-A’raf 007180. Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik yang mulia, maka serulah dan berdoalah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. Al-Isra’ 017110. Katakanlah wahai Muhammad Serulah nama Allah’ atau nama Ar-Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka, kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu. Al-Hasyr 05924. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan dari tiada kepada ada, Yang Membentuk rupa makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya, bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya, bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ISTANA BALQIS DIPINDAHKAN DENGAN MENYEBUT ISMUL 'AZAM Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Saidina Asif bin Barkhiya Menteri Kanan kepada Nabi Sulaiman telah memindahkan Istana Balqis dalam sekelip mata kerana beliau berdo'a dengan menyeru Ismul 'Azam yang bermaksud Ya Hayyu Ya Qayyum. Berikut adalah maksud ayat yang menceritakan mengenai kejadian itu An-Naml 02739. Berkatalah Ifrit dari golongan jin Aku akan membawakannya Istana Balqis kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah. An-Naml 02740. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah sebahagian ulama' berpendapat namanya 'Asif bin Barkhiya Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan sebenarnya sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur maka tidaklah menjadi hal kepada Allah, kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. An-Naml 02741. Nabi Sulaiman berkata pula kepada orang-orangnya Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar untuk mengenal singgahsananya itu atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian. AL-HAYYU AL-QAYYUM SEBAGAI ISMUL 'AZAM Ada berbagai pendapat mengenai apakah dia Ismul 'Azam. Diantara pendapat yang paling diketahui umum ialah Al-Hayyu Al-Qayyum Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri. Untuk pengetahuan anda, dalam Al-Fatihah terdapat dua asma' yang diulang iaitu Ar-Rahman Ar-Rahim. Pertama ianya disebut dalam Ayat 1 dalam Basmalah. Keduanya ia diulang lagi dalam Ayat 3. Dari segi Angka Mufrad, asma' Ar-Rahman Ar-Rahim itu BERULANG 181. Ada satu perkara yang istimewa mengenai asma' Al-Hayyu Al-Qayyum. Ia juga punya Angka Mufrad SERUPA BERULANG 181. Ini mungkin menjadi 'signal' kepada keutamaannya, mengatasi asma'-asma' yang lain. Diriwayatkan oleh Imam Abdur Rahman bin Abu Hatim berasal dari Ibnu Abbas, bahawa Uthman bin Affan bertanya kepada Rasulullah tentang kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, lalu Rasulullah menjawab "Ia adalah salah satu dari Nama-Nama Allah begitu dekatnya kalimah Bismillah ini dengan Nama Allah Yang Teragung Ismul 'Azam seperti dekatnya biji mata yang hitam dengan biji mata yang putih." Lihatlah betapa dekatnya asma' Ar-Rahman Ar-Rahim dengan Al-Hayyu Al-Qayyum dari sudut pembuktian matematik. Mungkin ini adalah salah satu BUKTI bahawa Al-Hayyu Al-Qayyum adalah Ismul 'Azam yang dimaksudkan. Wallahua'lam. HANYA ADA TIGA TEMPAT DALAM AL-QUR'AN Asma' Al-Hayyu Al-Qayyum hanya disebut 3 kali dalam Al-Qur'an. 2 kali ianya disebut sepenuhnya sebagai Al-Hayyu Al-Qayyum Surah Al-Baqarah 2 Ayat 255 dan Surah Ali 'Imran 3 Ayat 2, sebagaimana juga Ar-Rahman Ar-Rahim dalam Al-Fatihah dari itu jumlah Angka Mufradnya 181 sementara bagi Ayat Ke 3 Surah Taha 20 Ayat 111, ia disebut sebagai "Lil Hayyil Qayyum". Berikut adalah Surah Al-Baqarah Ayat 255 Berikut pula adalah Surah Ali 'Imran Ayat 2 Sementara ini pula adalah Surah Taha Ayat 111 Saya telah melakukan kajian yang agak komprehensif juga dari sudut matematik mengenai Al-Hayyu Al-Qayyum ini. Dalam artikel ini biarlah saya kongsikan antara yang termudah. Lihat pada nombor Surah dan Ayat 2255 kemudian 32 dan akhir sekali 20111. Apakah yang anda nampak? Cuba CAMPUR MENDATAR semua nombor Surah dan Ayat itu satu persatu. 2255 mendatar akan jadi 23. Bagi Surah 32 tidak perlu lagi dicampur mendatar. Bagi Surah 20111 pula akan jadi 23. Kalau anda dekatkan, ia akan jadi 23 32 23. Cantik bukan? Mungkin anda nampak bahawa ia seolah-olah FOKUS pada 23. Kalau dirujuk kembali, maknanya ia FOKUS kepada Surah 2255 sebab yang ini ada menyebut asma' itu sebagaimana asalnya Al-Hayyu Al-Qayyum. Tentulah fenomena ini ISTIMEWA sebab Surah 2255 itu adalah AYAT KURSI. Subhanallah. Dalam Ayat Kursi ada disebut 4 asma' iaitu Al-Hayyu Al-Qayyum, Al-Aliy dan Al-Azim. Satu perkara lagi yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah fenomena 2 asma' yang digabungkan. Lihat Ar-Rahman Ar-Rahim, ia 2 asma' digabungkan. Lihat pula Al-Hayyu Al-Qayyyum, ia juga 2 asma' yang digabungkan. Perhatikan Basmalah, ia bermula dengan huruf Ba berbaris bawah yang bermaksud "dengan". Ba itu juga punya Angka Mufrad 2. Subhanallah. KESIMPULAN Biarlah saya salinkan mafhum firman Allah yang ada menyentuh mengenai doa. Semoga dengan ini kita akan semakin banyak berdoa kepada Allah dan memohon semata-mata kepadaNya Taha 020114. Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar pada segala-galanya dan janganlah engkau wahai Muhammad tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. Al-Furqan 02574. Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa. An-Naml 02719. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. As-Sajdah 03216. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh, mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut akan kemurkaanNya serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi keredaanNya dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. As-Sajdah 03217. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka dari segala jenis nikmat yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. Al-Ahqaf 04615. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam yang tunduk patuh kepadamu. Al-Ahqaf 04616. Mereka yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya, mereka akan dimasukkan dalam kumpulan ahli Syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka. Al-Hasyr 05910. Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan berkata Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu. Ghafir 0407. Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya, serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman dengan berdoa merayu Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka. Ghafir 0408. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn’ yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan masukkanlah bersama-sama mereka Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Semoga Allah SWT merahmati kita الله وبحمده سبحان الله العظيم
fMzlG. hkarqyt25h.pages.dev/431hkarqyt25h.pages.dev/357hkarqyt25h.pages.dev/184hkarqyt25h.pages.dev/180hkarqyt25h.pages.dev/239hkarqyt25h.pages.dev/577hkarqyt25h.pages.dev/205hkarqyt25h.pages.dev/505
ismul azam nabi sulaiman